Friday, December 25, 2009

SUMBER DARI BERITA HARIAN TENTANG IMPLAN GIGI

Gigi pasang siap

Posted on 24 Ogos 2009. Filed under: Pelan Perniagaan, Plan Perniagaan, canggihlaksana |
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Implan gigi rekaan anak tempatan lebih mesra pengguna kerana prosedur ringkas dan tanpa pembedahan

SEKALI pandang, ia tidak ubah seperti skru biasa yang mungkin dianggap ramai sebagai tiada keistimewaannya. Namun inilah ‘penyelamat’ kepada pelbagai masalah yang dialami ramai – gigi rosak sehingga terpaksa dicabut, sukar mengunyah makanan dan paling penting, boleh menjejaskan ketrampilan seseorang gara-gara kehilangan gigi.

Inilah keunikan gigi tiruan atau implan gigi Novella Ultima yang direka sekumpulan penyelidik diketuai Presiden Persatuan Pergigian Implan Malaysia, Dr Firdaus Hanapiah.

Lebih membanggakan, implan gigi menerusi penyelidikan selama setahun itu adalah hasil titik peluh anak tempatan yang sekali gus menjadikannya implan gigi pertama Malaysia yang dikomersialkan. Walaupun belum dilancarkan sepenuhnya dan hanya akan berada di pasaran dalam tempoh dua bulan dari sekarang, implan gigi itu sememangnya mencuri tumpuan ketika pembentangan kertas kerja mengenainya dibuat pada Seminar Persatuan Implan Pergigian Malaysia (MOIA) di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Hakikatnya, tiada pengganti gigi yang terbaik apabila ia patah atau perlu dicabut tetapi alternatif terbaik yang ada adalah menerusi kaedah menanam implan gigi.

Di seluruh dunia misalnya, ada 250 pengeluar implan dengan setiap satunya mendakwa mereka adalah yang terbaik. Namun, pengiktirafan terbaik itu sebenarnya datang dalam bentuk pakej, reka bentuk implan yang mesra pengguna, kejayaan klinikal dan kejayaan pasaran.

Dr Firdaus menunjukkan implan Novella Ultima direka dengan keutamaan menjana integrasi gusi dan tulang.

Malah sehingga kini, kebanyakan implan yang ada di pasaran tempatan, adalah buatan luar negara.

(RUJUK BERITA HARIAN)
#

Hak Cipta Terpelihara 2009 – Berita Harian Sdn. Bhd

Friday, December 18, 2009

HUKUM MEMBUAT IMPLAN GIGI

HUKUM MELAKUKAN IMPLAN GIGI
IAITU menanam gigi dengan gigi buatan tertentu adalah HARUS
Seorang muslim dibenarkan berbuat demikian samada secara kekal atau sementara.
Apabila seseorang itu meninggal dunia IMPLAN GIGI TIDAK PERLU DIBUANG , INI berdasarkan hadis Rasulullah yang membenarkan sahabatnya menggunakan hidung palsu apabila hidungnya terpotong.
LIHAT FATWA “PERMANENT IMPLANTING OF ARTIFICIAL TEETH”
http://www.islam.qa.com/en/ref/98519

Sunday, December 6, 2009

DR GIGI DI FACEBOOK

SILA ADD SAYA DI ALAMAT FACEBOOK
dr.fadzli@yahoo.com