Monday, December 19, 2016








Assalamualaikom dan selamat malam semua.. entry hari ini nak shared cara pemasangan pendakap gigi .. Boleh tengok dlam video dibawah.. Untuk sebarang pertanyaan boleh datang ke klnik untuk check dlu sama ada perlu buang gigi atau tidak.. selamat menonton semua...




Saturday, December 17, 2016

composite class 1 restoration,reduction of black triangle

                                     

                               



                                         COMPOSITE CLASS 1 RESTORATION



REDUCTION OF BLACK TRIANGLE

DENTAL IMPLANT,TAMPALAN,MINOR SURGEON IMPACTED ADGE...

\


TAMPALAN


MINOR SURGEON

Wednesday, December 7, 2016

perkongsian bersama teteng pendakap gigi



        Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya agar menjaga kecantikan dan keindahan tetapi dalam masa yang sama islam juga melarang umatnya dari melakukan sesuatu yang boleh mengubah ciptaan Allah secara kekal.

       Sebenarnya mencantikkan gigi ini bukanlah suatu perkara yang baru bahkan ia telah pun berlaku sejak sebelum Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul lagi.Ketika itu menjarangkan gigi ini menajdi “trend” wanita Jahiliyah supaya ia kelihatan cantik. Amalan kecantikkan wanita jahiliyah seperti itu dilarang oleh Nabi s.a.w dengan laknat dari baginda Nabi s.a.w

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Dilaknat wanita-wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,yang mengubah ciptaan Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dizaman teknologi yang serba cangggih ini manusia boleh melakukan bermacam-macam cara untuk menjadikan bahagian-bahagian dari tubuh mereka terutamanya bahagian muka dan gigi sehingga ia menjadi lebih cantik dari yang asal.


Menjawab persoalan hukum memakai pendakap gigi. Ramai Ulama’ yang telah memberi fatwa mengenainya..

Jika seseorang itu giginya dikategorikan cacat maka ia dibenarkan(harus) menggunakan pendekap gigi atau apa-apa sahaja alat atau ubat yang digunakan bagi membaiki kecacatan giginya.Membaiki gigi yang cacat tidak termasuk mengubah ciptaan Allah.Adapun jika seseorang yang memakai pendekap gigi sedangkan giginya elok tidak ada cacat celanya,dipakai pendekap gigi supaya giginya menjadi lebih cantik lagi maka hukumnya adalah haram tapi jika perubahan itu tidak bersifat kekal ia tidaklah haram, contoh mewarna rambut dengan inai dan meluruskan rambut yang krinting tidaklah haram kerana perubahannya tidak kekal, ia hanya bersifat sementara.


Termasuk kecacatan yang boleh saya bawakan contohnya ialah:

-Seorang yang asal giginya cantik dan rata saja tapi bila dia terlibat dengan kemalangan giginya jadi tidak berapa elok sepeti yang asal,maka harus untuk dia memakai pandakap gigi.

-Seorang yang giginya jongang yang memayahkan untuk dia mahu mengunyah makanan,maka harus untuk dia memakai pendakap gigi..

Disini dikongsikan bersama fatwa Ulama-Ulama antarabangsa berkaitan hukum memakai pendakap gigi ini.
Kata al imam Yusuf al Qaradhawi:

“Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan,misalnya terdapat daging tambahan yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan,tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya.Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran”

(Al-Halal wal Haram Fil Islam).

Friday, October 21, 2016

PRICE (TAK FIX)

selamat malam semua.. ok malam nie saya nak update sikit la tentang harga-harga yang telah berubah ye.. harga yang saya list kn nie bukan la fix..maksudnya harga berubah-ubah ye.. tgk pada keadaan gigi conthnya.. Ramai patient yang datang ke klinik nk tahu harga cuci gigi (scalling) so disini saya terangkan ye.. kalau seseorang tue selalu scalling gigi maksudnya setahun  2 3 kali dya pernah buat..jadi harga akan murah sekit la berbanding dengan seseorang yang x pernah buat scalling.. so harga biasa untuk yang selalu scalling ialah RM150 keatas sekali polish .. tpi ad juga yang lebih dari itu... jadi untuk mengetahui harga boleh la consult dahalu dgn dr...

****************

untuk tampalan pula harga pon tak fix.. kalau untuk tampalan biasa RM70.. Dan tamalan laser RM90 ke atas..

***************

ok.. ramai yang datang ke klnik sering bertanya tentang prosedure nk pasang braces(pendakap gigi).. Untuk case biasa.. harga untuk pemasangan braces ialah RM4500.. masa pasang braces hanya perlu bayar deposit RM1000..dan balance boleh la bayar secara bulan bulan iaitu RM200 permonth yee... Andai patient nak buat bayaran secara cash total ialah RM4000 sahaja...so setiap bulan just datang x perlu bayar apa2..

************

ok la kot untuk malam ni.. nanti saya update lagi ye.. hehe.. tq yang sudi membaca... selamat malam....

Thursday, October 20, 2016

PANEL PANEL

HIIIII...Selamat malam semua.. ok seperti yang dijanjinkan..saya akan senaraikan panel-panel yang ada di semua klinik saya... saya ulang balik ye... PANEL YANG TERDAPAT DI SEMUA KLNIK SAYA.. hehhe... bukan satu klinik je yang ad panel..tapi smua yeeee..  Antara panel yang saya ambil :

1) firstly macayang semua dah tahu PNMB...

2) PM CARE
   -TNB
   -BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)
   -LEMBAGA TABUNG HAJI (LTH)
   - KWSP
   -BANK RAKYAT

3) MI CARE
   -LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM)
   -UEM GROUP BHD
   -UEM BUILDER BHD
   -UEM ENVIRONMENT
   -UEM LAND BHD
   -OPUS GROUP BHD
   -PROPEL BHD
   -PLUS BRHAD
   -TIME ENGENEERING BHD
   -FABER GROUP
   -KOLEJ YAYASAN UEM
 *Untuk pekerja yang bekerja di MI CARE.. haruslah serahkan Kad pekerja yang wana hijau tue ye.. andai kata tak bawa.. Doc tidak boleh buat rawatan..

4) LHDN

5) MIDA

6) CGC(DENTAL VISIT FORM)

7) PKNP 

* ok.. nie senarai panel-panel yang ad di klinik.. so boleh la datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan dari DR.FADZLI ye..

Wednesday, October 19, 2016

Jadual Waktu Klinik Terkini

Hi semuaaa.. dh lama sangat tak update blog..dah bersawang ...hihi.. ok sebelum itu saya nak update sikit tentang klinik yang baru saya beli di Medan Gopeng iaitu "KLINIK PERGIGIAN AZIRA" bersebelahan dengan BSN.. dan untuk maklumat semua Klinik Pergigian Bersatu iaitu di Kuala Kangsar teahpun ditutup.. Ok skrang saya nk senaraikan waktu klinik beroperasi:

1) KLINIK PERGIGIAN FAIR PARK
     No 69, Jalan Kamaruddin Isa, 31400 Ipoh Perak
     Waktu rawatan : 12.00tgh - 2.00ptg

2) KLINIK PERGIGIAN AZIRA
     2A,Jalan Lapangan Terbang, 31350 Ipoh Perak
     Waktu rawatan : 2.30ptg - 4.30ptg

3) KLINIK PERGIGIAN DR.FADZLI
     No 7, Jalan Meru Bestari A2, Medan Meru Bestari 30020 Ipoh Perak
     Waktu rawatan : 5.00ptg - 7.00mlm

4) KLINIK PERGIGIAN FAMA
     No 40, Laluan Klebang Restu 2, Medan Klebang Restu, 31200 Chemor, perak
     Waktu rawatan : 7.30mlm - 10.00mlm

*Setiap klinik adalah 'walk-in' sahaja hanya di klinik Pergigian Azira sahaja yang ada appoiment..dan setiap klinik beroperasi setiap hari ye...sebab doc ni rajin sangat..hehe.. ok.. Mcm biasa la ye.. setiap kali nak datang klinik kenalah datang awal ye.. jangan la klinik nk tutup pukul 7mlm pukul 6.45mlm baru nak datang.. so sama sama kita hargai masa ye.. ok nanti saya update nama-nama panel yang terbaru ye... Sebelum ni kita hanya ambil panel dari PNMB..Sekarang klinik saya telah mengambil beberapa jenis panel.. nanti saya update lagi ye.. hehe.. tq semua...SELAMAT MALAM