
APA YANG ANDA INGIN TAHU
SELAIN PEMUTIHAN(DR JANJI NANTI AKAN DR TULIS SERBA RINGKAS)
HARI INI MARI KITA BELAJAR YANG MUDAH-MUDAH MENGENAI ISTILAH-ISTILAH YANG SELALU PESAKIT TANYAKAN PADA DR..
Rawatan saraf/akar (Root canal treatment) RCT : RCT adalah prosedur apabila pembuangan /pematian seluruh saraf dibuat terhadap akar gigi yang telah dijangkiti kuman atau mati.
Korona gigi (crown) : Seperti mahkota yang berfungsi mencantikkan kepala, crown gigi adalah apabila sejenis sarung gigi yang dibuat dari porselin(bukan tulang babi seperti yang selalu pesakit khuatiri) yang disarungkan(macam baju) pada gigi sedia ada yang telah dikecilkan .
Pendakap gigi (braces) : Alat ortodontik, yang merupakan sejenis peralatan besi kecil-kecil sebiji-sebiji disusun atas permukaan gigi (bracket),diselaraskan oleh wire panjang, dan getah pendakap di atasnya, yang dilekatkan pada gigi untuk membetulkan kedudukan gigi supaya menjadi tersusun dan cantik dari susunan asal.
Tanam gigi (implant) : Sejenis skru yang dilekatkan pada tulang rahang untuk menggantikan akar gigi yang hilang supaya korona gigi (crown) boleh diletak untuk menggantikan gigi yang hilang.(Boleh rujuk post sebelum ini tentang fatwa mengharuskan implant gigi dan tidak perlu dibuang sekiranya berlaku kematian bagi muslim)
SOALAN LAZIM YANG LAIN: DOKTOR SAKIT TAK UNTUK BUAT SEMUA RAWATAN SEJENIS NI
?
INSHAALLAH kalau anda bersedia dan tidak menanamkan dalam kepala tentang kesakitan, tidaklah sakit mana. Niatnya untuk berubat dan merawat gigi. Mana ada orang mati sebab cabut gigi kan?




6 comments:
ye btl kata dr tuh ha..lau kita sndiri yg nk2 perubahan xkan rasa kesakitan tu tambah lg bersmgt ade la..:)
sEHARUM KASTURI- BETUL TU..niat itu penting
umur twentyfes sesuai lg x??
agak2 berapa tahun kene pakai ye?
salam dr..
maaf mgkin sy lari sikit dari tajuk forum..umr sy akhir 20-an...n skrg gg sy slalu rs ngilu..pd gg geraham..ats bwh..n sy sntiasa mengetap gg utk mgurgkn rs ngilu..ape cdngan dr utk sy?adekh sbb ubat gg yg d gunakn, atau cr pnggunaan?..
TQ..
ngilu kerana gigi sensitif perlukan rawatan dan guna ubat gigi dan ubat kumur yang sesuai .Selanjutnya dapatkan pemeriksaan Dr.
rose-sesuai , bergantung kes
Post a Comment