WAH

About Me

My Photo
IPOH-KUALA KANGSAR, IPOH-KUALA BANDAR DI RAJA, Malaysia
DR GIGI SEPENUH MASA. DR MOHD FADZLI BIN ABDUL MAJID 012 4567855 * * * * PUSAT PEMBEDAHAN PERGIGIAN BERSATU NO 4 & 5, BANGUNAN ARKED PERNIAGAAN , JALAN DAING SELILI, 33000 KUALA KANGSAR,PERAK DARUL RIDZUAN WAKTU RAWATAN 3.00 PTG-7.00 MALAM * * * * KLINIK PERGIGIAN FAMA NO 40,LALUAN KLEBANG RESTU 2, MEDAN KLEBANG RESTU, 31200 CHEMOR, WAKTU RAWATAN 11.30 PG-1.00 TGHARI 8.00 MALAM-10.00MLM * * * * * * * * * * * * * KLINIK PERGIGIAN FAMA, NO 40-1A, TINGKAT ATAS, JALAN MAJLIS, 31250, TANJUNG RAMBUTAN, PERAK DARUL RIDZUAN. WAKTU RAWATAN 9.00 PAGI-11.00 PAGI * * * * * * * * SEDANG BERUSAHA MEMAJUKAN SPA-Q

Sunday, March 7, 2010

RAWATAN PERGIGIAN DAN MELANCONG..SATU PAKEJ UNTUK ANDA!!!


Salam Hormat,
Terima kasih berbanyak-banyak kepada mereka yang sudi mengemel/ dan bertanya di ruangan bual bicara dan komen.
Maaf ada masalah sedikit di ruangan komen, selepas HAMPIR 5 bulan blog beroperasi baru Dr perasan kewujudan komen. Namun, Dr harap entri penulisan yang lepas sudah berjaya menjawab persoalan pesakit mengenai pelbagai pertanyaan.

Sepanjang hampir 5 bulan berblog bukan sedikit jumlah e-mel yang Dr terima, jumlahnya mencecah ratusan pertanyaan. Maaf ada yang sempat di jawab, dan mungkin ada yang lambat sedikit Dr jawab. Pesakit biasanya bertanyakan tentang harga dan kebanyakannya membuat perbandingan bahawa harga yang Dr tawarkan jauh lebih murah. Baik untuk braces, whitening dan lain2 khidmat.
Ya, itu memang Dr akui, ada kebenarannya. Hal inilah yang menyumbang kepada ramai dari luar Perak terutamanya dari Kuala Lumpur dan Selangor sanggup ke Perak untuk mendapatkan khidmat Dr, kini. Dahulu pun sudah ada cuma kini jumlahnya berlipat kali ganda.
Terima kasih atas saranan kalian untuk Dr membuka klinik di area KL dan Selangor. Tapi, ringkasnya beginilah, jika satu-satu perkhidmatan itu ditawarkan dengan berkualiti di mana sahaja perkhidmatan itu berada tentu ramai yang sanggup mendapatkannya. Maksud Dr, begini. Memandangkan, Dr memberi tawaran perkhidmatan yang baik dan sambutan yang menggalakkan seharusnya pesakit lah yang mencari Dr, di mana sekalipun Dr berada. Eh, bukan Dr jual mahal tetapi pesakit Dr di Perak pun jumlahnya bukan sedikit dan kebanyakannya turun temurun dari datuk, ke anak, ke cucu. Jadi tidak wajar rasanya Dr meninggalkan komitmen begitu sahaja kerana keuntungan. Bukan kah begitu?
JUSTERU ITU, DR MENYARANKAN DENTAL TOURISM
IAITU SAMBIL PESAKIT DARI LUAR PERAK DATANG MEMBUAT RAWATAN KALIAN BOLEHLAH MELANCONG DI PERAK.
CONTOH MUDAH:
JIKA ANDA BERCADANG MEMBUAT BRACES, cuba rencanakan dengan DENGAN BEBERAPA KAWAN YANG LAIN.(Jadi anda boleh berkongsi kos perjalanan sambil melancong)
MISALNYA ALI, MUTHU DAN MEI MEI DARI Bukit Antarabangsa,KL.
Anda boleh membuat temujanji dengan Dr sama ada mahu berjumpa di Klinik Ipoh, Tg Rambutan atau Kuala Kangsar.
Sambil membuat rawatan pergigian, anda bolehlah ke Tambun, Wetworld atau pergi ke Gua Tempurung, mahupun membeli belah di Jaya Jusco misalnya.
Jika anda ke Kuala Kangsar anda melawatlah Bandar Diraja ini. Bagi pesakit wanita, atau yang membawa teman wanita atau yang membawa isteri atau ahli keluarga wanita, boleh mendapatkan khidmat SPA kepunyaan Dr di kuala. Menawarkan servis setaraf spa LIMA BINTANG DENGAN HARGA RM89 SAHAJA.

PERCAYALAH KOS YANG DIJIMATKAN UNTUK MEMBUAT BRACES BOLEH ANDA GUNAKAN UNTUK MELANCONG.
Malahan kini ada pesakit Dr yang datang sebulan sekali untuk rawatan braces menggunakan keretapi dan bas. Tidak ada masalah. Penjimatan dan khidmat berkualiti adalah sesuatu yang berbaloi.

TETAPI PILIHAN DI TANGAN ANDA.
Biasanya dalam emel, Dr akan menyarankan anda membuat braces di klinik terdekat. Namun, kebanyakannya akan kembali kepada Dr, kerana deposit yang diperlukan rendah, hasilnya cepat dan yang paling penting kualiti.
PILIHAN DI TANGAN ANDA.
SELAMAT MAJU JAYA, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MENGEMEL DAN BERKOMUNIKASI DENGAN DR..Jika menelefon Dr, sila notify jika pernah berhubung melalui mel, maklumlah semenjak komunikasi menjadi rancak mungkin ada yang Dr terlepas pandang.

1 comments:

nisa said...

salam dr.sya hanisah nk tnya klu bt implan gigi kos brpe?di klinik dr ada bt perkhidmatan implan gigi ke?email sya nazuda_86@yahoo.com.my