Saturday, December 29, 2012

MITOS & FAKTA TENTANG SCALING GIGI

Assalamualaikum.

Doktor sibuk sikit time cuti sekolah ni..ni baru ada masa nak update.Ramai orang yg dapat info salah pasal gigi..bila tanya dari mana tahu itu,ini,selalunya patient doktor jwb dari kawan...orang tu kata..orang ni kata....ni doktor explain sikit pasal scaling atau cuci gigi ye..

MITOS:
Scaling buatkan gigi goyang dan nipis

FAKTA:
Scaling TIDAK menyebabkan gigi goyang mahupun menipis.Cuba kita kaji balik dari mula apa fungsi scaling sebenarnya.
Definisi scaling ialah teknik pembuangan plak,tartar,dan stain daripada permukaan korona dan akar gigi dengan menggunakan ultrasonic machine.
Maka semasa scaling,hanya deposit(tartar) yang dibuang dan bukannya enamel (lapisan luar gigi )yang dibuang.
Kalau rawatan diterima lewat..biasanya bila dah teruk sangat keadaan gigi dengan pendarahan gusi dan kebengkakan di sekeliling gigi barulah kita pergi cari dentist kan?masa tu gigi hanya di'semen' oleh tartar dan dipegang hampir keseluruhan oleh karang dan bukan tulang yang bertindak sbg penyokong..kerana pada peringkat lewat  penyakit gusi komposisi tulang menyusut..dan bila selesai scaling kita dapati gigi bergoyang..

Jadi kalau gigi goyang selepas scaling ini la sbbnye kerana mmg asalnya gigi goyang tapi kerana adanya tartar yg memegang gigi tu maka gigi akan kukuh tetapi untuk sementara waktu dan akhirnya goyang juga.

Selepas scaling kita akan rasa sgt fresh dan bersih.Paling penting untuk menjaga jangka hayat gigi kita,sila dapatkan pemeriksaan setiap 6 bulan sekali...

Friday, December 21, 2012

SISTEM RAWATAN OLEH DR.FADZLI

Assalamualaikum,

Harini doktor nak jawab soalan je ye..sbb banyak sangat soalan yang sama,rasanya mungkin ramai yang tak tahu lagi..soaan paling famous org tanya:

1)DOKTOR BUAT RAWATAN BRACES SAJA KE?

Sudah tentu tidak..Rawatan yang di sediakan meliputi rawatan asas seperti
-tampalan
-scaling/polish
-cabutan gigi kanak-kanak/dewasa
-pembuatan gigi palsu

Mana-mana klinik gigi pun mesti ada sediakan semua rawatan ni kan...kan..

Selain tu,kita ada juga rawatan yang lebih intensif meliputi:
-rawatan pematian saraf(root canal treatment)
-whitening/bleaching
-cabutan gigi terimpak(gigi bongsu)
-crown/bridges
-braces
-implan

Dan seperti biasa khidmat rundingan dan pemeriksaan adalah PERCUMA!!

Dan lepas ni doktor akan beri info tentang rawatan lain jugak selain braces:)

2)MACAMANA NAK BUAT RAWATAN?APPOINMENT DULU KE WALK IN?

Sebaiknya buat appoinment dulu sebab doktor ada bnyk klinik.jadi setiap waktu rawatan bagi setiap klinik dah ditetapkan..seeloknya nak elakkan kekecewaan call doktor dulu di 012-4567855.Senang...terus direct buat appoinment.
Walk in pon boleh tapi kenalah follow waktu yang doktor available.dan kami menerima semua pesakit luar ipoh dan dari negeri-negeri lain.
Doktor juga bekerja setiap hari termasuk hari cuti umum dan weekend.kecuali jika ada hal yang tak dapat dielakkan.
3)HARGA RAWATAN NI BERAPA?YANG TU BERAPA?

Ha...ni selalu sangat orang minta semasa consult by phone..susah nak cakap sebab doktor lebih suka korang datang dan cek dulu apa yang perlu dibuat dan masa tu doktor akan beritahu harga semua rawatan yang kena buat..sebab setiap keadaan gigi kita berbeza2 antara satu sama lain kan..

Ok la,ni je dulu ye..apa2 kemusykilan sila hubungi saya.

Saturday, December 15, 2012

BRACES!!HOTTEST IN TOWN

salam semua,
doktor memang tak sempat nak update selalu blog ni.jadi sebarang pertanyaan terus hubungi telefon ye.
yang tengah hot sekarang ialah rawatan braces kerana doktor masih menerima deposit rendah untuk pemasangan.jadi student dan anda yang tak cukup-cukup bajet lagi nak buat braces boleh datang dan consult dulu,lepas consult kita boleh bercerita tentang payment dan macam biasa rawatan braces menerima monthly installment...

monthly installment macamana?sila tetapkan temujanji anda ok..

Wednesday, October 3, 2012

ALAMAT TERKINI KLINIK YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN MEMASANG PENDAKAP GIGI

SILA HUBUNGI UNTUK TEMUJANJI NO.7 Jalan Meru Bestari A2, Medan Meru Bestari,30020 Ipoh perak- WAKTU RAWATAN: 9.00 PAGI-12.00 TENGAHARI 5.00 PETANG-7.00 MALAM Fair park No.69, Jalan Kamarudin Isa, 31400 IPOH PERAK 12.00 TENGAHARI-2.00 PETANG KUALA KANGSAR, NO 4-5 BANGUNAN ARKED perniagaan, Jalan Daeng Selili, 33000 KK.PERAK 2.30 PETANG -4.30 PETANG Klinik Pergigian FAMA, Medan Klebang Restu, no 40,laluan klebang restu 2, medan klebang restu, 31200 chemor, perak. 7.30 MLM-10.00 MALAM HUBUNGI SAYA DI TALIAN 0124567855- UNTUK TEMUJANJI ANDA

Saturday, June 9, 2012

KLINIK PERGIGIAN FAIR PARK_ANDA BOLEH MEMILIHNYA..

69, Jln Kamaruddin Isa, Fair Park, 31400 Ipoh, Perak. Call 05-5471167 ... BOLEH HUBUNGI SAYA 0124567855 UNTUK TEMUJANJI..SAYA ADA DI SANA DARI JAM 11_2 PETANG..TEMUJANJI adalah langkah terbaik untuk anda