Saturday, December 29, 2012

MITOS & FAKTA TENTANG SCALING GIGI

Assalamualaikum.

Doktor sibuk sikit time cuti sekolah ni..ni baru ada masa nak update.Ramai orang yg dapat info salah pasal gigi..bila tanya dari mana tahu itu,ini,selalunya patient doktor jwb dari kawan...orang tu kata..orang ni kata....ni doktor explain sikit pasal scaling atau cuci gigi ye..

MITOS:
Scaling buatkan gigi goyang dan nipis

FAKTA:
Scaling TIDAK menyebabkan gigi goyang mahupun menipis.Cuba kita kaji balik dari mula apa fungsi scaling sebenarnya.
Definisi scaling ialah teknik pembuangan plak,tartar,dan stain daripada permukaan korona dan akar gigi dengan menggunakan ultrasonic machine.
Maka semasa scaling,hanya deposit(tartar) yang dibuang dan bukannya enamel (lapisan luar gigi )yang dibuang.
Kalau rawatan diterima lewat..biasanya bila dah teruk sangat keadaan gigi dengan pendarahan gusi dan kebengkakan di sekeliling gigi barulah kita pergi cari dentist kan?masa tu gigi hanya di'semen' oleh tartar dan dipegang hampir keseluruhan oleh karang dan bukan tulang yang bertindak sbg penyokong..kerana pada peringkat lewat  penyakit gusi komposisi tulang menyusut..dan bila selesai scaling kita dapati gigi bergoyang..

Jadi kalau gigi goyang selepas scaling ini la sbbnye kerana mmg asalnya gigi goyang tapi kerana adanya tartar yg memegang gigi tu maka gigi akan kukuh tetapi untuk sementara waktu dan akhirnya goyang juga.

Selepas scaling kita akan rasa sgt fresh dan bersih.Paling penting untuk menjaga jangka hayat gigi kita,sila dapatkan pemeriksaan setiap 6 bulan sekali...