Sesetengah kita mengaami dilema sama ada nak buang atau tak.dan jika dibuang sama ada ianya proses yg mudah atau sukar.
Sebab2 /indikasi yang menunjukkan ia perlu dibuang adalah seperti berikut:
-infeksi/jangkitan kuman tisu sekeliling gigi geraham bongsu
-karies/lubang yang tidak boleh ditampal lagi kerana terlalu besar
-penyakit gusi akibat gigi geraham bongsu atau gigi bersebelahannya
-utk tujuan orthodontik/braces
Real case:
rawatan sy lakukan pada 4/1/2013,jam 9.55pm
Wanita muda awal 20 an mengalami pembengkakan gusi sekeliling geraham terimpak sebelah kiri rahang.Diagnosis adalah mesioangular impaction yg mana giginya menyenget ke hadapan gigi geraham kedua dan menghentam geraham di hadapannya..hanya satu pertiga korona gigi kelihatan.
Proses mengeluarkan gigi ini mengambil masa hanya 15minit.di akhir rawatan pesakit dibekalkan dengan ubat semasa proses penyembuhan.
1)Bius sekeliling gigi
2)flap raised(gusi dipotong untuk melihat keseluruhan gigi yg terbenam dlm gusi
Add caption |
4)gusi akan dijahit semula untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan pesakit akan dipanggil semula untuk membuka benang selepas seminggu......