Hai..
Refresh jadual klinik.mungkin ramai tak tahu atau mungkin terlupa.check it out yea..
KLINIK PERGIGIAN DR FADZLI
BANDAR MERU RAYA
Waktu rawatan:10PM-12PM DAN 5.00PM-7PM
KLINIK PERGIGIAN FAIR PARK
IPOH
Waktu Rawatan:12PM-2PM
PUSAT PEMBEDAHAN PERGIGIAN BERSATU
KUALA KANGSAR
Waktu Rawatan:3PM-4PM (APPOIMENT SAHAJA)
KLINIK PERGIGIAN FAMA
CHEMOR
Waktu rawatan:8PM-10PM
*Pusat Pembedahan Pergigian Bersatu Kuala Kangsar hanya dibuka pada hari adanya temujanji.Temujanji perlu dibuat terlebih awal untuk mengelakkan clash pada temujanji di klinik lain dan dengan pesakit lain.Walau bagaimanapun kami tetap menerima walk in patient asalkan anda mematuhi jadual.
*waktu rawatan di atas bermakna waktu di mana saya akan berada di klinik.biasanya klinik akan dibuka lebih awal sekurangnya satu jam awal untuk persiapan dan mengemas klinik.
*saya menggalakkan anda agar telefon saya dahulu untuk temujanji dan biasanya saya sendiri akan beri waktu temujanji.jadi pastikan waktu itu dipatuhi.
*tiada waktu cuti buat saya kecuali ada urusan yg tak dapat dielakkan.jadi sepatutnya tidak timbul persoalan seperti tak dpt cuti, kerja, sibuk dan sebagainya kerana saya menyediakan 4 pilihan klinik yg boleh anda pergi dan satu2nya klinik gigi di ipoh yang beroperasi sehingga jm 10 ialah klinik pergigian klebang!
*Jadi hargai masa kita.dalam apa jua urusan perlu tolak ansur dan saling memahami.saya komited dalam tugas bekerja 12 jam sehari 7 hari seminggu untuk serve pesakit saya.ya! Semua orang sibuk jadi sbb tu jugaklah saya sediakan 4 klinik yg boleh anda pilih ikut kesesuaian waktu anda.yang penting datang ikut masa tersebut tapi janganlah klinik nk tutup jm 10 jam 9.50 baru otw.atau dah tahu kes dlm mulut anda tu perlukan masa lama untuk spent on dental chair, janganlah dtg jm 9.30 mlm..mmglah klinik belum tutup tapi ia akan ambil masa lama untuk siap..maknanya anda dah curi waktu rehat saya selepas setengah jam itu!
*this entry is just as a gentle reminder to all my customers.i try my best to serve u better and I will apreciate ur kindness and understanding..tiada paksaan dalam hal ini.anda berhak memilih klinik yg anda suka jika rasa waktu kerja saya menyusahkan anda yg sangat sibuk.walau bagaimanapun saya sgt suka dgn pesakit2 yg sangat punctual dan sangat supportive.masih ramai yang sangat komited untuk mendapatkan rawatan dan sanggup menunggu kerana orang2 seperti ini tahu dan faham bahawa jika inginkan khidmat seseorang kita perlu sabar dan berusaha tepati waktu...
Till then, bye!!
SEMUA RAWATAN TENTANG GIGI (DENTURE, BRACES, WHITENING, TAMPALAN, RAWATAN SARAT, CROWN, BRIDGE DAN LAIN LAIN).. NAK GIGI YANG CANTIK, HARGA BERPATUTAN..DAN SERVICE YANG SANGAT PUAS HATI..
Tuesday, March 26, 2013
Sunday, March 24, 2013
WHITENING LAGI!!
Jangkawaktu rawatan:
lebih kurang 30 minit-1 jam bergantung kepada keterukan gigi.untuk hasil terbaik diulang rawatan 2-3 kali dalam tempoh masa tertentu contohnya dlm satu bulan.
Maintenance selepas rawatan oleh pesakit:
Memberus gigi secara teratur sebaiknya selepas makan untuk mengurangkan pengumpulan plak gigi.Seeloknya ROKOK, makanan penyebab stain seperti KOPI DAN TEH dielakkan atau dikurangkan pengambilan.
Hasil rawatan:
Stain berwarna coklat dan kuning yg tebal boleh dikurangkan walaupun kadang2 warna gigi tidak 100% kembali ke warna asal yg putih.
Jangka hayat rawatan:
Tidak dapat dipastikan dengan lebih jelas (entry sblm ni menganggarkan 1-2tahun) tetapi bergantung juga kepada diet seseorang dan regime yg digunakan untuk mengekalkan warna cth:whitening toothpaste.
Kelebihan Kekurangan
1. Selamat 1. Hasil akhir mungkin tidak dapat 100% seperti
warna gigi normal
2.Tak menyakitkan utk dewasa 2. Tidak selesa utk kanak2 kerana saiz pulpa yg
besar
3.tidak memerlukan penyediaan gigi 3. dalam kes tertentu hanya 75% sahaja efektif.
(Tooth reduction)
4.tidak memerlukan anestetik 4.masa rawatan mungkin lbh panjang utk kes
(Ubat kebas) tertentu
5.kos lebih rendah berbanding rawatan
lain seperti veneer/crowning
Sebelum |
Selepas |
Monday, March 11, 2013
WHITENING OH WHITENING!!
Alhamdulillah...semakin ramai yang yakin dgn rawatan kami...dari KL, Kedah, Kelantan dan Terengganu pun ada yang datang...tu jugak sebabnya doktor sentiasa cuba berikan yang terbaik.kerana komited untuk berikan yg terbaik kpd pesakit sampai tak cuti-cutilah kiranya....
Sejak minggu lepas ada saje yg tanya pasal whitening/bleaching..ramai yg berminat tapi tk semua sesuai buat tau..nak tau siapa yg sesuai?ni ringkasan saja je..perkara paling asas yg perlu tahu kalau nak buat rawatan whitening ni..
1. Stain dalaman (intrinsik) cth penyebab:karies gigi, kesan ubatan spt tetracycline, stain flourida(florosis),amelogenesis imperfecta, dentinogenesis imperfecta dsb.
2.stain luaran (ekstrinsik) cth:penggemar kopi atau teh tegar, perokok,penggunaan cecair kumur chlorhexidine.dalam kebanyakan kes stain luaran seperti ini, scaling dan polish sahaja sudah memadai tetapi utk jangkamasa panjang warna gigi akan berubah
Tak sesuai buat whitening kalau:
1.extensive stain..kalau dah teruk sangat memang bleaching pun tkkan hilangkan stain
2.jika seseorang mmg giginya dah sensitif..kalau buat bleaching akan lebih sensitif nanti.
Sebelum whitening beberapa perkara perlu diberi perhatian:
1.perlu scaling dan polish semua gigi dahulu
2.mesti teliti dan cari semua lubang yang ada dan perlu dibuat tampalan sebelum memulakan rawatan.
Ada 2 jenis whitening system
1.take home kit
Yang ni dentist beri dan pesakit akan apply sendiri di rumah dan bergantung kepada produk.ada yg perlu apply 2 minggu berturut2 pd waktu malam..ada yg boleh apply siang...terlalu banyak produk di pasaran tetapi kandungan agen pengoksidaan (hidrogen peroxide yg rendah biasanya dalam 12%-15% sahaja) maka kesannya agak lambat dan perlu komited semasa fasa rawatan.
2.in office treatment
Rawatan ini dentist yang buat.lebih efektif dan kesannya dapat dilihat serta merta hanya selepas 30 minit hingga 1 jam rawatan.sebabnya agen pemutihannya iaitu hidrogen peroxide adalah tinggi sehingga 37% tetapi ada kesan sampingan iaitu kemungkinana selepas rawatan gigi menjadi lebih sensitif.
Biasanya whitening boleh bertahan sehingga 2 tahun dengan syarat kita perlu kurangkan minuman kopi atau teh atau rokok dan selalulah maintain dgn ubat gigi pemutih atau sesetengah yg rajin bolehla beli take home kit tu dan setiap 6 bln boleh apply sekali...dgn itu hasil yg dpt selepas rawatan pemutihan akan kekal lbh lama.
Contoh kes:(last week)
florosis.stain agak dalam.kita buat whitening 2x dalam masa 2 bulan untuk hasil terbaik.dan pesakit diberi satu ubat gigi pemutihan secara percuma untuk mengekalkan warna gigi putih selepas rawatan
Florosis gigi..faktanya kerana pengambilan florida berlebihan iaitu penggunaan atau menelan ubat gigi semasa kecil. |
Friday, March 8, 2013
DR FADZLI FEATURED IN INTREND MAC 2013
Salam......
Dah tengok majalah IN TREND edisi Mac? Kalau belum bolehla beli sbb ada satu page doktor ada explain tentang kecantikan gigi.
Just back to basic.kadang2 kita lupa nak tengok perkara2 asas dalam penjagaan gigi.jika asas penjagaan gigi baik, maka tak susah nak buat rawatan kelak.
It's never too late (:
Sini petikan majalah IN TREND MAC 2013:
Sehingga jumpa lagi..any question, pls call 012-4567855 atau blh komen di bwh.tq tq
Dah tengok majalah IN TREND edisi Mac? Kalau belum bolehla beli sbb ada satu page doktor ada explain tentang kecantikan gigi.
Just back to basic.kadang2 kita lupa nak tengok perkara2 asas dalam penjagaan gigi.jika asas penjagaan gigi baik, maka tak susah nak buat rawatan kelak.
It's never too late (:
Sini petikan majalah IN TREND MAC 2013:
Subscribe to:
Posts (Atom)