Monday, March 11, 2013

WHITENING OH WHITENING!!

Assalamulaikum..
Alhamdulillah...semakin ramai yang yakin dgn rawatan kami...dari KL, Kedah, Kelantan dan Terengganu pun ada yang datang...tu jugak sebabnya doktor sentiasa cuba berikan yang terbaik.kerana komited untuk berikan yg terbaik kpd pesakit sampai tak cuti-cutilah kiranya....

Sejak minggu lepas ada saje yg tanya pasal whitening/bleaching..ramai yg berminat tapi tk semua sesuai buat tau..nak tau siapa yg sesuai?ni ringkasan saja je..perkara paling asas yg perlu tahu kalau nak buat rawatan whitening ni..

1. Stain dalaman (intrinsik) cth penyebab:karies gigi, kesan ubatan spt tetracycline, stain flourida(florosis),amelogenesis imperfecta, dentinogenesis imperfecta dsb.

2.stain luaran (ekstrinsik) cth:penggemar kopi atau teh tegar, perokok,penggunaan cecair kumur  chlorhexidine.dalam kebanyakan kes stain luaran seperti ini, scaling dan polish sahaja sudah memadai tetapi utk jangkamasa panjang warna gigi akan berubah

Tak sesuai buat whitening kalau:
1.extensive stain..kalau dah teruk sangat memang bleaching pun tkkan hilangkan stain
2.jika seseorang mmg giginya dah sensitif..kalau buat bleaching akan lebih sensitif nanti.

Sebelum whitening beberapa perkara perlu diberi perhatian:
1.perlu scaling dan polish semua gigi dahulu
2.mesti teliti dan cari semua lubang yang ada dan perlu dibuat tampalan sebelum memulakan rawatan.

Ada 2 jenis whitening system
1.take home kit
Yang ni dentist beri dan pesakit akan apply sendiri di rumah dan bergantung kepada produk.ada yg perlu apply 2 minggu berturut2 pd waktu malam..ada yg boleh apply siang...terlalu banyak produk di pasaran tetapi kandungan agen pengoksidaan (hidrogen peroxide yg rendah biasanya dalam 12%-15% sahaja) maka kesannya agak lambat dan perlu komited semasa fasa rawatan.

2.in office treatment
Rawatan ini dentist yang buat.lebih efektif dan kesannya dapat dilihat serta merta hanya selepas 30 minit hingga 1 jam rawatan.sebabnya agen pemutihannya iaitu hidrogen peroxide adalah tinggi sehingga 37% tetapi ada kesan sampingan iaitu kemungkinana selepas rawatan gigi menjadi lebih sensitif.

Biasanya whitening boleh bertahan sehingga 2 tahun dengan syarat kita perlu kurangkan minuman kopi atau teh atau rokok dan selalulah maintain dgn ubat gigi pemutih atau sesetengah yg rajin bolehla beli take home kit tu dan setiap 6 bln boleh apply sekali...dgn itu hasil yg dpt selepas rawatan pemutihan akan kekal lbh lama.

Contoh kes:(last week)
 florosis.stain agak dalam.kita buat whitening 2x dalam masa 2 bulan untuk hasil terbaik.dan pesakit diberi satu ubat gigi pemutihan secara percuma untuk mengekalkan warna gigi putih selepas rawatan


Florosis gigi..faktanya kerana pengambilan florida berlebihan iaitu penggunaan atau menelan ubat gigi semasa kecil.


Selepas 2 sesi whitening brown and white spot hilang.pesakit sgt berpuas hati.alhamdulillah keyakinannya kembali..

Kesan sampingan:post sensitivity.biasanya dipulihkan dalam beberapa hari dan biasanya selepas proses rawatan ada satu gel khas untuk menghilangkan sensitif.dan dinadihatkan untuk tidak minum teh atau kopi dalam masa 1-3hari selepas rawatan.